Cari @ Amanz

Sebelum ini rekaan Oppo Find X6 Pro tertiris menunjukkan penggunaan bonggol kamera bulat yang besar. Ia adalah amat mengejutkan kerana kita kini memasuki era bonggol yang semakin membesar saiznya. Terkini rekaan peranti yang dikatakan Oppo Find X6 turut tertiris dengan bonggol yang lebih besar.

Bonggol adalah sebesar separuh tubuh peranti dan berbentuk empat segi. Ia menempatkan tri-kamera dengan salah satunya jelas adalah dari jenis periskop. Ini mungkin bukan rekaan akhir kerana siri Find tidak pernah menggunakan rekaan yang seaneh ini.

Ura-ura sebelum ini mengatakan Find X6 akan dilengkapi tri-kamera utama 50MP dan kamera hadapan 32MP. Sistem kamera Hasselblad akan kembali seperti yang ditemukan pada Find N2 dan Find X5 Pro tahun lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd