Carian
TikTok Shop Di Malaysia Akan Perkenal Caj Komisen Kepada Penjual Sebanyak 2% Bermula 1 Mac
February 1, 2023 Aman

TikTok hari ini mula memaklumkan kepada semua penjual di Malaysia, dimana mereka akan melaksanakan caj tambahan sebanyak 2% terhadap semua jualan berjaya pada platform mereka.

Menurut TikTok, caj ini akan dikenakan bermula 1 Mac 2023 kelak.  Caj tambahan 2% ini adalah di atas cas 2.12% yang sedia diperkenalkan sejak Oktober 2022 lepas.

TikTok mengatakan caj ini adalah dikenakan terhadap pembelian dan penghantaran yang berjaya sahaja, sementara penghantaran yang dibatalkan atau dipulangkan semula tidak akan dikenakan caj ini.

Bagi anda yang menggunakan TikTok Shop untuk urusan jualan, mungkin boleh bersedia untuk pengenalan caj tambahan ini.

Komen