Cari @ Amanz

Trend aplikasi penstriman menjadi media sosial mungkin akan berkembang. Bermula dengan TikTok yang menawarkan penstriman kandungan video menegak, kemudian menambah ciri DM untuk pengguna menghantar mesej antara satu sama lain. Kini Spotify juga sama, mungkin ingin menjadi platform media sosial.

Tahun lepas, Spotify menguji ciri Community yang membolehkan pengguna melihat aktiviti penstriman rakan. Pelbagai iterasi ciri ini telah diperkenalkan termasuk dengan tab khas. Dalam pembentangan pendapatan suku keempat, pelabur Spotify dilaporkan sedar akan ujian ciri-ciri ini dan ingin tahu apakah rancangan sebenar.

Daniel Ek, selaku CEO Spotify menyatakan beliau ingin menjadi Spotify mempunyai pengalaman penggunaan yang lebih menarik, menawan hati para pengguna agar mereka boleh kekal setia. Saya ada dapat mencuba ciri Spotify Community sebelum ini, namun ia hanya muncul untuk seketika dan telah hilang dari akaun.

Spotify juga baru-baru ini telah mencapai lebih 200 juta pelanggan berbayar, menjadikan ciri ini lebih sesuai diperkenalkan untuk pengguna berinteraksi antara satu sama lain. Apa pendapat anda mengenai Spotify menjadi sebuah platform lebih dari penstriman audio dan ke arah media sosial?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd