Pada tahun lepas, Acer, melalui jenama gaming Predator mereka telah memperlihatkan siri kad grafik pertama mereka dengan penawaran Predator BiFrost yang dibangunkan dengan menggunakan kad grafik Intel Arc Alchemist A770.
Terkini, ia dilaporkan bahawa Predator dijangka akan memperkenalkan satu lagi siri kad grafik baru yang mana mereka akan menggunakan siri kad grafik AMD Radeon pula, dan akan mula dijual ataupun digunakan dalam sistem-sistem komputer mereka sendiri pada tahun ini.
Buat masa ini, butiran mengenai kad grafik manakah yang akan digunakan tidak diketahui lagi, tetapi kebarangkaliannya, seperti penawaran Intel mereka, kad grafik yang mungkin akan digunakan adalah seperti AMD Radeon RX 7800 ataupun AMD Radeon RX 7700.
Tarikh pelancaran dan pengumuman untuk siri kad grafik baru ini tidak diketahui lagi, tetapi ia dijangka bahawa ia akan diperlihatkan sekitar pertengahan ke penghujung tahun ini.