Cari @ Amanz

Realme 10 Pro telah dilancarkan sebelum ini dengan cip Snapdragon 695, sekaligus menjadikannya lengkap dengan rangkaian 5G terbina. Terbaharu ia nampaknya bakal dikemaskini dengan edisi terhad bersama elemen lebih menarik. Di mana penghasilan untuknya melibatkan kerjasama daripada pengeluar air minuman terkemuka iaitu Coca-Cola.

Selanjutnya laman web rasmi telah diterbitkan, yang mana turut sama mendedahkan tarikh pelancaran rasmi pada 10 Februari 2023. Maklumat mengenai spesifikasi utama masih belum didedahkan, tetapi kebiasaannya tiada perubahan yang akan dilakukan. Sebaliknya peranti hanya akan menerima kemas kini untuk aspek luaran yang disertakan dengan elemen lebih unik berbanding variasi standard.

Kehadiran peranti ini hanya diacah untuk pasaran India yang memberi petanda, ketersediannya kelak adalah terhad untuk pasaran berkenaan sahaja. Perkongsian ini dalam masa sama turut menjawab persoalan mengenai peranti misteri Coca-cola yang pernah tertiris beberapa minggu yang lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd