Cari @ Amanz

Beberapa hari lepas, telah kami laporkan yang Coca-Cola akan hadir dengan telefon pintar mereka. Peranti ini adalah hasil kerjasama bersama pengeluar peranti terkenal, yang ketika dijangka adalah Realme.

Kini, Realme India telah mengacah “Something is fizzing at #realme.” memberi petanda yang peranti pertama Coca-Cola ini adalah penjenamaan semula peranti Realme.

Realme turut menyediakan laman web khas “Cheers For Real” dengan imej air yang jelas sekali sama dengan Coca-Cola. Tiada sebarang butiran lagi mengenai peranti ini, selain yang pasti ia akan dilancarkan terlebih dahulu untuk pasaran India.

Terdapat ura-ura yang peranti Coca-Cola ini adalah berasaskan Realme 10 4G. Jika benar, peranti ini akan hadir dengan skrin 6.4″ Super AMOLED FHD+ 90Hz, dijana Helio G99, memori 8GB RAM dengan storan 256GB, kamera 50+2 Megapixel dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 33W SuperVOOC.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd