Carian
Razer Viper Mini Signature Edition Adalah Tetikus Paling Ringan Mereka – Hanya 46g
February 3, 2023 Fahim Zahar

Razer baru-baru ini telah melancarkan tetikus gaming premium mereka yang paling ringan. Jika anda sangkakan DeathAdder V3 Pro dengan 63g itu ringan, Razer Viper Mini Siganture Edition hanya 46g. Bukan itu sahaja, ia turut dibina dengan bahan binaan aloi magnesium eksoskleton dengan struktur sarang lebah untuk lebih tahan lasak.

Seperti tetikus mereka yang lain, Viper Mini Siganture Edition turut menggunakan teknologi lebih kurang sama seperti sensor optikal Raze Frocus Pro 30K, suis optikal Mouse Switches Gen-3, menyokong HyperPolling Wireless, dan juga sambungan HyperSpeed Wireless.

Menurut Razer, tetikus ini juga adalah satu seni untuk menunjuk kepada semua orang betapa unik dan mewah tetikus baharu ini. Oleh yang demikian, setiap pembelian Viper Mini Siganture Edition didatangkan dengan kotak khas diperbuat dari kulit palsu, disertakan sekali pad PTFEE dan Gorilla Glass 3 untuk tapak tetikus, set pita Razer Mouse Grip, kain lap gentian-mikro, dongel HyperPolling Wireless dan kabel Speedflex USB-A ke USB-C.

Buat masa ini harga jualan tempatan masih belum diumumkan, tetapi di Amerika Syarikat Razer Viper Mini Siganture Edition dijual pada harga $279.99 iaitu sekitar RM1192.

Komen