Cari @ Amanz

Picsart iOS Kini Mempunyai Ciri Tukar Imej Manusia Dengan AI

Link Copied!

Sejak DALL.E 2, Midjourney dan banyak lagi ciri janaan grafik berdasarkan input teks diperkenalkan – semakin banyak ciri sama diintegrasikan kepada pelbagai platform. Microsoft Designer sebagai pencabar Canva, Shutterstock dan banyak lagi.

Baru-baru ini, aplikasi suntingan popular pada peranti mudah alih Picsart turut mengumumkan kemaskini kepada aplikasi iOS mereka. Picsart iOS kini menyokong ciri janaan grafik kecerdasan buatan berdasarkan input teks. Lebih spesifik, Picsart membolehkan pengguna menggantikan objek atau manusia dalam sesuatu imej kepada benda lain.

Di blog Picsart, mereka mempromosikan ciri ini sebagai kemampuan menggantikan gambar bekas kekasih dengan bendera merah (red flag). Cara penggunaan juga mudah, hanya buka imej pada Picsart > pilih alat Draw > lukis pada objek atau individu yang ingin ditukar kepada perkara lain > pilih AI Replace > terangkan butiran objek yang diingini > tekan Generate Image > pilih satu dari dua atau kedua-dua keputusan imej yang dijana > simpan dan/atau kongsi.


Komen ()