Carian
Dell Akan Mengurangkan Hampir 7000 Tenaga Kerja
February 7, 2023 Effi Saharudin

Dunia teknologi seakan mengalami era apokalips pasca Thanos memetik jari sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Hari ini giliran Dell pula mengumumkan pengurangan 6660 kakitangan yang bersamaan dengan 5% jumlah kakitangan global mereka. Langkah diambil selepas permintaan untuk PC menurun pasca pandemik.

Dalam beberapa laporan sebelum ini, pengeluaran komputer oleh Dell menjunam lebih 30% pada Q4 2022. Ini tidak unik hanya kepada Dell dengan pengeluar PC yang lain turut mengalami nasib yang sama. Dengan pengurangan tenaga kerja yang mendadak, Dell mengikut langkah Amazon, Google, Meta, dan Microsoft yang membuang ribuan tenaga kerja bagi menghadapi permintaan yang berkurangan pasca pandemik.

Komen