Cari @ Amanz

Twitter perlu menjana pendapatan dengan pantas selepas pengiklanan pada laman berkurangan pasca pembelian oleh Elon Musk. Antara langkah awal yang diperkenalkan ialah penawaran Twitter Blue secara lebih meluas ke lebih banyak negara. Tetapi menurut laporan The Information, setakat pertengahan bulan ini hanya terdapat 290,000 pelanggan Twitter Blue di peringkat global.

Daripada jumlah ini 65% atau sekitar 180,000 pelanggan adalah dari Amerika Syarikat. Ini adalah sekitar 0.2% jumlah pengguna aktif perkhidmatan yang mempunyai ratusan juta pengguna. Dalam laporan yang sama, dianggar Twitter Blue hanya akan menjana $28 juta setahun di peringkat global pada tahun 2023.

Elon Musk melakukan pelbagai perubahan untuk mengurangkan kos seperti membuang ribuan tenaga kerja, mematikan akses API kepada klien pihak ketiga, mengenakan bayaran untuk mengakses API dan mungkin mengenakan bayaran $1000 sebulan kepada syarikat yang ingin kekal menggunakan calit Verified pada akaun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd