Cari @ Amanz

Untuk meneroka angkasa lepas, sistem tujahan yang lebih tahan lama dan berkuasa berbanding bahan api kimia diperlukan. Selain itu terdapat juga keperluan mencari sumber tenaga untuk koloni yang bakal dibina. Oleh itu sumber tenaga nuklear dilihat sebagai penyelesaian dua dalam satu untuk kedua-dua permasalahan ini.

Rolls Royce telah berkongsi rekaan konsep reaktor nuklear mini mereka yang bakal digunakan Agensi Angkasa Lepas UK. Pada waktu ini ia masih di tahap rekaan dengan bahan api yang paling sesuai sedang dicari. Ia perlu berasaskan Uranium tetapi perlu cukup tahan lasak untuk digunakan di angkasa lepas. Reaktor mini adalah dari jenis pelakuran sama seperti reaktor yang dibangunkan oleh Rolls Royce untuk kegunaan kapal selam milik Royal Navy.

Program membina reaktor mini bagi kegunaan misi angkasa lepas diumumkan oleh Agensi Angkasa Lepas UK pada tahun 2021. Masih tiada garis masa bilakan ia perlu beroperasi.

Pada bulan lalu NASA dan DARPA mengumumkan mereka akan menguji enjin roket nuklear DRACO menjelang 2027. Sekiranya berjalan lancar, ini akan membuka langkah kepada NASA melancarkan misi ke Marikh sebelum berakhirnya dekad 2030 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd