Carian
Twitter Kini Mempunyai Had 4000 Aksara Yang Boleh Digunakan Untuk Menerbitkan Cerpen
February 9, 2023 Effi Saharudin

Anda kini boleh menerbitkan sebuah cerpen sepenuhnya menerusi Twitter sekiranya itu yang ingin dilakukan. Bermula hari ini pelanggan Twitter Blue di Amerika Syarikat boleh menghantar ciapan dengan had 4000 aksara.

Sebagai konteks, secara lazimnya sebuah cerpen di aplikasi Cereka hanya mempunyai sekitar 2000 patah perkataan. Secara lalai paparan ciapan akan dihadkan ke 280 aksara sahaja dengan terdapat butang “more” untuk membaca keseluruhan teks yang ditulis.

Ini sebuah lagi evolusi platform yang dahulu mempunyai had 140 aksara sahaja kerana mengambil contoh had aksara untuk SMS. Kemudian sokongan meletakkan gambar dan video pendek pula ditambah sebelum had aksara dinaikkan ke 280.

Komen