Cari @ Amanz

Android 14 Developer Preview Dilancarkan Untuk Peranti Google Pixel

Link Copied!

Google hari ini telah melancarkan Android 14 versi pembangunan pertama iaitu Android 14 Developer Preview atau Android 14 DP1. Seperti biasa, akses awal dihadkan kepada peranti Pixel sahaja dan kali ini adalah model Pixel 4a 5G, Pixel 5/5a, Pixel 6/6 Pro dan Pixel 7/7 Pro.

Android 14 dibangunkan untuk mesra pelbagai format peranti seperti saiz skrin besar atau skrin boleh lipat. Ciri dari Android 12L dan Android 13 akan dikekalkan dengan sejumlah ciri dan fungsi baharu akan diperkenalkan. Kemampuan kustomasi juga dipertingkatkan, sekuriti juga diperketatkan lagi dan aplikasi yang berjalan di latar adalah lebih lancar dan seimbang.

Android 14 DP akan diuji sehingga bukan Mac bermula hari ini, kemudian pada April sehingga Jun adalah versi Beta, seterusnya pada bulan Jun dan Julai versi ujian akhir sebelum versi stabil dilancarkan selepas bulan Julai tahun ini.


Komen ()