Carian
Peranti Android Di China Didapati Mempunyai Aplikasi Pengintip Terpasang
February 10, 2023 Effi Saharudin

Privasi adalah sangat berharga sehingga ia menjadi antara sebab pengguna memilih ekosistem khusus untuk digunakan. Apple misalnya mengiklankan peranti mereka yang paling selamat di pasaran. Di China, sekiranya anda menggunakan peranti Android yang dibeli dari pasaran tempatan besar kemungkinan data peribadi telahpun diambil tanpa kebenaran.

Menurut kajian dari tiga ahli sains komputer yang baru diterbitkan, aplikasi pengintip ditemukan pada peranti keluaran Xiaomi, Oppo, OnePlus dan Realme. Dari pengguna dalam bentuk nombor telefon, IMEI, alamat MAC, data geolokasi, senarai nombor dalam buku telefon dan datameta teks yang diterima telah dikumpul sebelum dihantar semula kepada pengeluar.

Ini dilakukan tanpa kebenaran diminta daripada pemilik peranti ataupun disedari oleh mereka. Data yang lengkap ini boleh digunakan oleh pengeluar untuk melihat tabiat penggunaan pengguna. Pada tahun 2021, pihak berkuasa China menguatkuasakan undang-undang baharu yang menghalang pengeluar peranti dan pembangun aplikasi daripada mengumpul data peribadi pengguna di China. Ia dilihat sebagai RUU seakan GDPR di Eropah yang memberikan kuasa kepada pengguna untuk mementingkan privasi.

Pada waktu ini pengumpulan data peribadi menerusi perisian intipan ini hanya ditemukan pada peranti-peranti pasaran China sahaja. Tiada bukti ini turut dilakukan pada peranti yang dipasarkan di luar China.

Komen