Cari @ Amanz

Pesawat Tempur F16 Berjaya Diterbangkan Oleh Kecerdasan Buatan Selama 17 Jam

Link Copied!

Fiksyen dalam filem Stealth telah menjadi realiti selepas sebuah pesawat tempur F-16 telah berjaya diterbangkan oleh kecerdasan buatan (AI) selama 17 jam. DARPA mengumumkan kejayaan program VISTA (Variable In-flight Simulation Test Aircraft) dengan pesawat dibangunkan oleh Lockheed Martin Skunk Works. Ini adalah kali pertama sebuah AI menerbangkan sebuah pesawat tempur dalam sejarah.

Di bawah program VISTA, pesawat F-16D Block 30 Peace Marble Il telah dikemaskini dengan peralatan elektronik dari Block 40. Kerana sistem swaterbang dan eksperimen yang digunakan, pesawat ini diberikan nama baharu VISTA X-62A. Ia adalah sebuah lagi projek DARPA dan Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) untuk membangunkan pesawat tempur swaterbang untuk kegunaan masa hadapan.

Selain VISTA, USAF turut mempunyai program Skyborg bagi membangunkan dron yang berfungsi secara berkumpulan dengan kemampuan bejerkayasama dengan pesawat tempur yang diterbangkan oleh manusia.


Komen ()