Selain aplikasi Maybank yang menghadapi masalah untuk berkongsi resit transaksi melalui WhatsApp, kini nampaknya aplikasi perbankan CIMBClicks turut mempunyai masalah sama.
Masalah ini dilihat melibatkan pengguna aplikasi di iPhone sahaja buat masa ini, sementara tidak memberikan kesan terhadap pengguna Android.
Apabila dikongsikan, ia hanya berkongsi teks ringkas sahaja, tanpa menyertakan fail dokumen resit dalam bentuk PDF.
Buat masa ini, pihak CIMB menasihatkan untuk menggunakan alternatif lain buat sementara, iaitu menyimpannya dalam bentuk PDF terlebih dahulu, sebelum berkongsi melalui WhatsApp secara manual.