Kewujudan Realme GT3 telah disahkan sebelum ini menerusi beberapa perkongsian di media sosial rasmi. Ia juga merupakan sebuah Realme GT Neo5 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Dengan ini, kita boleh menyasarkan peranti kelak mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama. Buat masa ini, antara ciri utama yang telah disahkan ialah penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen1 dan sistem pengecasan pantas 240W.

Enggan terus berteka-teki, tarikh pelancaran rasmi untuk Realme GT3 akhirnya dikongsikan secara terbuka. Ia menunjukkan peranti bakal diumumkan secara rasmi di acara MWC 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 28 Februari ini. Poster rasmi turut mendedahkan rekaan pada peranti yang dilihat sama sepenuhnya dengan Realme GT Neo5 sebelum ini. Tapi sayang, tiada butiran mengenai spesifikasi yang dikongsikan bersama poster rasmi tersebut.