Cari @ Amanz

Kehadiran Poco C55 Diacah Secara Rasmi Menerusi Video Promosi Pendek

Link Copied!

Poco C50 telah dilancarkan pada Januari lalu sebagai sebuah peranti kelas asas. Ia menggunakan cip MediaTek Helio A22 dengan gabungan beberapa ciri lain seperti kamera utama 8MP dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Buat masa ini, peranti hanya dipasarkan di India tanpa sebarang maklumat lebih lanjut mengenai penawaran di Malaysia.

Terbaharu Poco dilihat dalam persediaan hadir dengan variasi kemaskini untuknya. Melaluinya mereka bakal memperkenalkan Poco C55 dan kehadirannya telah diacah secara rasmi menerusi video promosi pendek. Tiada maklumat spesifik mengenai rekaan dan perkakasan dalaman yang didedahkan setakat ini.

Sungguhpun begitu, peranti berpotensi memberi fokus terhadap rekaan dan prestasi yang baik. Hal ini boleh dilihat menerusi kapsyen “Speed And Swag” yang disertakan oleh Poco menerusi perkongsian yang sama. Tarikh pelancaran juga kekal misteri tetapi ia semestinya didedahkan dalam masa terdekat ini.


Komen ()