Carian
Netflix Menamatkan Ciri “Play Something” Yang Memainkan Kandungan Secara Rawak
February 17, 2023 Fahim Zahar

Dua tahun lepas, Netflix telah memperkenalkan ciri Play Something untuk memainkan kandungan secara rawak berdasarkan minat pengguna. Ciri ini boleh digunakan pada banyak peranti yang menyokong aplikasi Netflix.

Tetapi jika anda seperti saya, banyak menghabiskan masa pada Netflix – anda mungkin akan sedari yang butang “Play Something” telah hilang. Saya mula sangkakan hanya pepijat pada aplikasi, tetapi WSJ telah melaporkan yang Netflix telah pun menghentikan ciri ini sejak bulan Januari lalu.

Ciri ini diperkenalkan kerana lambakan kandungan pada platform sehingga pengguna tidak tahu ingin tonton yang mana. Tetapi nampaknya, pengguna kini telah tahu ingin tonton kandungan spesifik dan mungkin ciri ini tidak digunakan.

Wakil Netflix memberitahu WSJ yang mereka akan terus mencari kaedah lain untuk pengguna boleh menerokai pustaka Netflix. Adakah anda menggunakan ciri ini atau tidak?

Komen