Carian
Pakej Perpaduan Prabayar Akan Diperkenal 28 Feb – 30GB Data Pada 3Mbps, Untuk RM30
February 17, 2023 Aman

Syarikat pengendali telekomunikasi, termasuk CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan juga YES kini menyatakan mereka akan memperkenalkan pelan prabayar Pakej Perpaduan akan diperkenalkan pada 28 Februari 2023 ini.

Pakej ini akan ditawarkan untuk dilanggan sehingga 31 Disember 2023 kelak.

Dibawah Pakej Perpaduan, penyedia telekomunikasi akan menawarkan pelan dengan kelajuan sekurang-kurangnya 3Mbps, serta kuota data sebanyak 30GB pada harga RM30, dan boleh digunakan selama 6 bulan. Ini sekaligus membawa kos purata sekitar RM5 sebulan untuk penggunaan pelan ini.

Pelan ini ditujukan kepada pengguna B40, dalam meringankan beban untuk mengakses internet, serta tidak ketinggalan dalam arena ekonomi digital.

Komen