Cari @ Amanz

Pada penghujung tahun 2022 lepas, Samsung telah memperkenalkan penawaran televisyen dibawah siri “The Wall All-In-One”. Kini, selang beberapa bulan, Samsung telah mula membawa masuk siri televisyen ini untuk pasaran Malaysia.

The Wall menawarkan pengalaman menonton visual pada warna yang diperkaya, kontras yang baik, serta kejituan paparan yang memukau mata. Ia menggunakan panel mikro-LED, dan menyokong HDR10+ serta kadar segar semula mencapai 120Hz.

Selain paparan visual, pengguna juga dihidangkan dengan kualiti audio tinggi melalui speaker yang disertakan bersama.

Sebanyak tiga variasi The Wall All-In-One ditawarkan di Malaysia, iaitu pilihan saiz 146-inci 4K, 146-inci 2K, dan juga 110-inci 2K.

Harga penawarannya pula adalah RM495,543 untuk 110-inci 2K, RM707,132 untuk 146-inci 2K, dan RM1,229,419 untuk 146-inci 4K.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd