Carian
Unifi Mobile : Pelan Pacabayar Tanpa Had 4G + 5G Bakal Berharga RM89, Hotspot Terhad 10GB
February 19, 2023 Aman

Telekom Malaysia kini mengemaskini penawaran pelan pascabayar mereka, sekaligus kini menyenaraikan bakal menawarkan pelan tanpa had mereka pada harga RM89 sebulan.

Sebelum ini, pelan tanpa had Unifi Mobile ditawarkan pada harga RM59 sebulan sebagai penawaran promosi sejak diperkenalkan. Namun, ia terhad kepada akses 4G sahaja sebelum ini. Peningkatan harga ini hadir dengan akses kepada rangkaian 5G melalui Unifi Mobile.

Penawaran lain yang disertakan adalah lebih kurang sama seperti sebelum ini, termasuk hotspot sebanyak 10GB data, dan panggilan tanpa had.

Buat masa ini, pelan ini belum ditawarkan kepada umum lagi, dan pihak TM melabelkan ia sebagai bakal ditawarkan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, melalui laman FAQ, pihak TM turut menyatakan mereka menamatkan pelan 4G sahaja yang disediakan sebelum ini.

Sebelum ini, pihak TM turut meningkatkan harga langganan untuk pelan tanpa had prabayar, tetapi dihadkan FUP kepada hanya 60GB sebulan.

Komen