Bank Negara Malaysia kini memberikan peringatan kepada orang ramai, supaya teliti dan kaji terlebih dahulu terma dan juga syarat untuk perkhidmatan Shopee SLoan – sebelum memohon dan mengambil tindakan lanjut berkaitan dengannya.
Sebelum ini, Shopee telah mengaktifkan ciri SLoan yang menawarkan pinjaman peribadi sehingga RM100,000, tetapi hadir dengan terma bayaran dan caj tersendiri untuknya.
Bank Negara Malaysia memberi peringatan yang mana bukan sahaja untuk Shopee SLoan, tetapi untuk sebarang khidmat kewangan juga, pengguna diminta melakukan pelbagai semakan dan penelitian sebelum memberikan komitmen untuknya.