Peranti di bawah siri Vivo V bakal dikemaskini dengan penawaran baharu pada 1 Mac hadapan. Melaluinya Vivo dilihat melangkau penjenamaan untuk V26, selanjutnya meneruskannya dengan V27 sebagai variasi kemaskini buat V25 sebelum ini.

Laman pengiklanan rasmi juga sedia diterbitkan dengan beberapa ciri utama yang turut dikongsi. Ini termasuklah rekaan peranti dengan sokongan skrin hadapan dan panel belakang yang melengkung. Ini dipadankan pula dengan tubuh senipis 7.4mm yang turut memudahkan penggunaan dengan keselesaan berpanjangan sewaktu di genggaman tangan.
Selanjutnya lubang kecil juga dimuatkan pada skrin peranti bersama saiz yang seimbang pada kesemua sisi. Skrin ini juga menyokong kadar segar semula tinggi 120Hz bagi tujuan pengalaman tatalan yang lancar. Selain daripada itu, sistem tri-kamera di belakang yang disusun secara menegak dan LED Flash berbentuk bulat yang besar turut disertakan pada peranti ini.

Buat masa ini, belum dapat dipastikan variasi manakah yang bakal dilengkapi dengan ciri disebutkan ini. Malahan turut tidak diketahui sama ada Vivo akan membawa masuk peranti ini ke pasaran Malaysia atau sebaliknya. Hanya kehadiran V27e sahaja yang sedia diacah setakat ini.