Kecerdasan buatan (AI) kembali memasuki perbualan penduduk dunia tahun lalu selepas sekian lama AI dilihat sebagai teknologi yang tidak begitu penting dalam kehidupan harian. ChatGPT ialah kecerdasan buatan yang paling dikenali ramai dengan ia kini diintegrasikan dalam perkhidmatan yang ditawarkan oleh Microsoft.

China tidak ingin ketinggalan dalam perlumbaan membangunkan AI mereka sendiri dan hujung minggu lalau MOSS dilancarkan sebagai pesaing kepada ChatGPT. MOSS ialah nama yang diberikan kepada AI yang dibangunkan oleh University Fudan. Nama MOSS diambil daripada nama kecerdasan buatan di dalam filem The Wondering Earth 2.
Ia boleh melakukan perbualan dengan pengguna sama seperti ChatGPT. Perbezaan terletak pada jumlah parameter ia dilatih adalah lebih kecil berbanding ChatGPT. Maka kemampuannya masih belum setanding dengan sistem yang digunakan oleh OpenAI. Sungguhpun begitu ia dilihat sebagai langkah awal membuktikan China turut mempunyai kemampuan membangunkan kecerdasan buatan rekaan tempatan.
MOSS boleh diakses menerusi https://moss.fastnlp.top/ tetapi pengguna perlu dijemput untuk memasuki fasa ujian. Sungguhpun begitu sambutan oleh orang ramai adalah terlalu tingi sehinga Moss mengalami gangguan diakses semalam.