Carian
Tablet Gaming ASUS ROG Flow Z13 Kini Di Malaysia Pada Harga RM8999
February 22, 2023 Amy Maizuraa

Selain daripada telefon pintar dan komputer riba, ASUS juga sedia mempunyai tablet tersendiri. Ini termasuklah ASUS ROG Flow Z13 2023 yang diumumkan di CES tempoh hari dengan rekaan seumpama sebuah Microsoft Surface. Bagi yang berminat, tablet ini sudah boleh didapati di Malaysia dengan harga RM8,999 sebuah. Anda boleh mendapatkannya bermula bulan Mac hadapan menerusi pengedar sah ASUS di seluruh Malaysia – sama ada secara dalam talian atau luar talian.

ASUS Flow Z13 merupakan sebuah tablet gaming dengan skrin sebesar 13-inci beresolusi QHD dan kadar segar semula 165Hz. Tablet ini turut mempunyai nisbah aspek 16:10 dan kemampuan memaparkan 100% daripada warna gamut DCI-P3 dan skrin yang dilindungi dengan kaca Gorilla Glass DXC. Ini dipadankan pula dengan cip Intel Core-H dan grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti, memori 16GB DDR5 dan storan 1TB PCIe® 4.0 NVMe M.2 SSD (2230) terbina.

Turut disertakan adalah sokongan kamera utama 13MP, di samping kamera hadapan 5MP. Kapasiti bateri sebesar 56Whr digunakan yang turut menyokong sistem pengecasan 130W. Perlu dinyatakan, harga jualan yang diumumkan ini didatangkan sekali dengan ROG Flow Sleeve dan ASUS Stylus secara bundle.

Komen