Sonos sudah lama dikhabarkan akan hadir dengan siri speaker baharu menggantikan Sonos One atau yang berada dalam keluarga Sonos Five. Speaker baharu ini dikatakan adalah siri Sonos Era dan akan bersaing dengan Apple HomePod.

Terkini, imej sebenar dam anggaran harga Sonor Era 300 dan Era 100 tertiris. Era 300 adalah model mercu yang memfokuskan kepada ciri audio spatial. Sonos dikatakan akan menyertakan port USB-C, sokobgan WiFi 6, Bluetooth, AirPlay 2, dilengkapi dengan enam pemacu audio yang berada di atas, kiri dan kanan. Era 300 turut boleh dipadankan dengan Sonos Arc atau Sonos Beam Gen 2.
Speaker mercu baharu Sonos ini turut dikatakan mungkin akan menyokong audio spatial Dolby Atmos untuk Apple Music. Untuk Sonos Era 100 pula, speaker ini tidak akan menyokong audio spatial tetapi adalah pengganti Sonos One dengan prestasi lebih baik. Speaker ini akan mempunyai dua tweeter dan mid-woofer memberikan audio yang fokus kepada bass.

Setiap Sonos Era yang akan dilancarkan ini akan menyokong pefastboot setmbantu digital Sonos Voice Control atau Amazon Alexa tanpa sokongan Google Assistant. Sonos juga akan menjual kombo penyesuai USB-C ke bicu audio 3.5mm dan ethernet. Pelancaran Sonor Era dijangka adalah pada bulan Mac dan harga dikatakan mungkin mencecah sehingga $450 iaitu sekitar RM1999.