Cari @ Amanz

Bing Chat Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Android Dan iOS

Link Copied!

Enjin carian dengan kecerdasan buatan adalah trend, lagi-lagi dengan kemampuan ciri berbual seperti yang dilakukan oleh You.com atau yang paling popular sekarang adalah Bing Chat.

Lebih sejuta orang berminat dengan Bing Chat. Ketika awal pengenalan, ciri ini dihadkan pada pelayar web Edge sahaja dan pengguna wajib menggunakan Bing sebagai enjin carian lalai – tetapi penawaran ke pelayar web lain di masa akan datang. Microsoft juga mula mengehadkan Bing ke menjawab 50 sesi dengan 5 soalan sehari, akan menambah iklan dan turut akan meningkatkan had sesi dan mengubah fokus jawapan yang diberikan.

Terkini, Microsoft memperkenalkan Bing Chat untuk peranti mudah alih. Mereka yang menggunakan aplikasi pelayar web Edge, aplikasi Bing dan Skype pada Android atau iOS kini boleh mengakses Bing Chat dengan mudah. Bukan itu sahaja, sokongan arahan suara turut diberikan.

Dalam cubaan saya pada aplikasi Bing dan Edge, sokongan arahan suara hanya terhad pada bahasa Inggeris tetapi tiada masalah apabila menaip persoalan pada bahasa Melayu. Sementara menurut Microsoft, integrasi Bing Chat pada Skype adalah untuk memudahkan komunikasi antara pengguna dan keluarga atau yang tersayang.


Komen ()