Carian
YouTube Music Akan Menawarkan Kandungan Podsiar
February 24, 2023 Effi Saharudin

YouTube Music adalah di belakang Spotify dari segi jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan mereka. Bagi memberikan persaingan kepada Spotify, YouTube Music kelak akan mula menawarkan kandungan podsiar pula dalam masa terdekat.

Podcast

Ini diumumkan oleh Kai Chuk ketua podsiar di YouTube di Hot Pod Summit menurut laporan The Verge. Pada waktu ini YouTube Premium yang menawarkan YouTube Music mempunyai 80 juta pelanggan berbayar. Ia masih jauh di belakang Spotify yang mempunyai lebih 200 juta pelanggan Premium.

Antara sebab jumlah pelanggan Spotify meningkat ialah penawaran podsiar sejak 2015. Menerusi pengambilan Gimlet, Parcast dan mendapatkan hak menyiarkan podsiar Joe Rogan mereka mengukuhkan kedudukan mereka. Seperti Spotify, YouTube Music juga bakal mempunyai kandungan eksklusif tetapi belum diumumkan lagi.

Komen