Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan mula mengenakan duti eksais ke atas cecair yang digunakan rokok elektronik atau vape. Duti akan hanya dikenakan ke atas cecair yang mengandungi nikotin.

Industri vape di Malaysia kini dianggarkan bernilai RM2 billion walaupun tidak sah di sisi undang-undang. Menerusi duti ang dikenakan ini, 50% hasil kutipan akan disalurkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan. Pada waktu yang sama ini ialah langkah kerajaan untuk menyokong ikhtiar Generational Endgame (GEG) yang diumumkan sebelum ini.