Hari ini telah kami laporkan yang YouTube akan menawarkan kandungan podsiar pada platform penstriman YouTube Music mereka. Ini adalah untuk bersaing dengan Spotify kerana mereka ingin menarik lagi lebih ramai pelanggan.
Sebelum ini ada spekulasi yang jika YouTube Music menyertakan sokongan podsiar, aplikasi Google Podcast akan ditamatkan. Tetapi wakil Google telah berkongsi kepada 9to5Google yang apa yang dilakukan pada YouTube Podcast dan YouTube Music adalah berbeza dengan Google Podcast.

Pada YouTube mereka ingin fokus kepada video dan audio dan tiada perancangan untuk gabungkan kedua-dua platform. Ini bermakna, selepas ini kedua-dua YouTube dan Google Podcast akan kekal menawarkan kandungan podsiar.