Carian
Motorola Defy Satellite Link Menawarkan Komunikasi Satelit Pada Peranti Android Dan iPhone
February 27, 2023 Effi Saharudin

Motorola Defy 2 diumumkan minggu lalu dengan ciri komunikasi satelit terbina. Tetapi bagi pemilik telefon pintar sedia ada, mereka kini boleh menikmati ciri yang sama tanpa perlu membeli peranti baharu menggunakan Motorola Defy Satellite Link.

Motorola Defy Satellite Link ditambat secara bluetooth kepada telefon pintar Android dan iPhone. Seperti Defy 2, ia menawarkan ciri komunikasi satelit dua hala apabila tiada rangkaian selular atau WiFi boleh digunakan. Penghantaran SMS kecemasan dengan lokasi GPS boleh dilakukan seperti yang disokong pada Defy 2 dan iPhone 14.

Ia mempunyai penyangkut terbina serta tubuh tahan lasak melepasi piawaian MIL-Spec 810H serta kalis air IP68. Ia hadir dengan bateri 600 mAh. Pada sisi tubuh terdapat butang SOS yang boleh ditekan dalam situasi kecemasan Motorola Defy Satellite Link dijual pada harga $150 sebuah dengan langganan sistem komunikasi Bullit selama 12 bulan.

Komen