Carian
Honor Memperlihatkan Bateri Silicon-Karbon Dengan Kepadatan Tenaga Lebih Tinggi
February 28, 2023 Effi Saharudin

Bateri pada telefon pintar, tablet dan komputer riba semasa adalah berasaskan teknologi lithium ion. Teknologi ini mempunyai beberapa kekurangan seperti kitaran pengecasan yang rendah. Di MWC 2023, Honor memperlihatkan teknologi bateri silikon-karbon baharu.

Dengan menggunakan silikon-karbon, kepadatan tenaga bateri menjadi lebih tinggi. Pada model global Magic5 Pro hadir dengan bateri Li-ion 5100 mAh. Tetapi di China peranti yang sama menggunakan bateri silikon-karbon dengan kapasiti 5450 mAh. Menurut Honor satu lagi kelebihan bateri ini ialah pada tahap cas yang rendah, ia masih boleh menawarkan arus yang diperlukan supaya peranti boleh berfungsi seperti biasa.

Secara keseluruhan bateri silikon-karbon ini mempunyai kepadatan kusa 12.8% lebih tinggi berbanding Li-ion. Pada waktu ini Honor hanya menawarkan peranti dengan bateri teknologi baharu ini di pasaran China sahaja.

Komen