Vivo V27e telah dilancarkan di Malaysia hari ini dengan harga jualan RM1299 sebuah. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan dengan beberapa ciri menarik yang memfokuskan sistem pengimejan mudah alih lebih baik.

Berkongsi dengan lebih lanjut, dua lagi model di bawah siri yang sama turut dilancarkan di India. Dikenali sebagai Vivo V27 Pro dan Vivo V27, kedua-duanya berkongsi rekaan yang sama menerusi skrin hadapan berlubang di tengah dan panel belakang dengan sistem tri-kamera utama. Sebilangan besar perkakasan dalaman juga serupa dengan perbezaan ketara hanyalah pada cip pemprosesan.
Di mana, Vivo V27 Pro menggunakan cip MediaTek Dimensity 8200, sementara itu Vivo V27 pula dilengkapi cip MediaTek Dimensity 7200. Lain-lain spesifikasi adalah serupa dengan skrin AMOLED 6.78-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB.

Kapasiti bateri pula sebesar 4600mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Selanjutnya tetapan kamera terdiri dengan 50MP (SonyIMX766V) OIS + 8MP (ultra-lebar), manakala kamera swafoto pula sebesar 50MP. Turut disertakan pada kedua-dua peranti termasuklah port USB-C, bluetooth 5.3 dan menjalankan antaramuka FuntouchOS 13 berasaskan Android 13.
Tiada maklumat mengenai ketersediaannya di Malaysia yang diketahui setakat artikel ini ditulis.