Cari @ Amanz

Xiaomi Buds 4 Pro Dijual Pada Harga RM899 Di Malaysia

Link Copied!

Fon telinga nirwayar Xiaomi Buds 4 Pro kini di Malaysia, sekaligus menjadi penawaran baharu bagi aksesori audio jenama berkenaan. Ia ditawarkan pada RM899 seunit, namum Xiaomi masih belum berkongsi lanjut mengenai ketersediaan untuk dibeli di Malaysia.

Dari segi reka bentuk, fon telinga ini adalah dari jenis dalam telinga dengan tubuh bertangkai panjang yang mempunyai panel kawalan sesentuh. Ia menggunakan pemandu audio sebesar 12mm dengan Hi-Res Audio Wireless dan ANC terbina. Di samping itu, sokongan tambatan pada peranti pula adalah menerusi sokongan bluetooth 5.3. Turut disertakan adalah sokongan aplikasi khusus Xiaomi Hedphones App untuk kawalan lebih pelbagai pada fon telinga nirwayar ini.

Kapasiti bateri yang diberikan mampu bertahan sehingga 36 jam penggunaan. Selanjutnya pengecasan semula pula boleh dibuat menggunakan port USB-C yang disediakan. Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan IP54, dan pengecasan nirwayar Qi.


Komen ()