Cari @ Amanz

DuckDuckGo Kini Menguji Pelayar Web Untuk Pengguna Windows Dalam Bentuk Beta

Oleh Aman

Link Copied!

DuckDuckGo merupakan salah satu penyedia enjin carian yang terkenal dengan penawaran memfokuskan privasi. Selain enjin carian, DuckDuckGo turut telah memperkenalkan perlindungan emel @duck.com, dan turut menawarkan pelayar web untuk MacOS sebelum ini.

Terbaru, DuckDuckGo turut telah memulakan ujian beta untuk pelayar web bagi pengguna Windows.

Buat masa ini, ia ditawarkan secara terhad, dan memerlukan jemputan sebelum dapat menggunakannya. Menurut DuckDuckGo, pelayar web ini akan menyokong pengguna Windows 10 dan terkini.

Melalui versi Mac sebelum ini, DuckDuckGo menawarkan pelayaran web yang lebih selamat dan terlindung daripada penjejak, menyertakan sokongan simpanan kata laluan, serta kemudahan untuk memadam semua kuki pelayaran dengan hanya satu butang.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman “DuckDuckGo untuk Windows” hari ini.


Komen ()