Minggu ini kita sedia melihat Xiaomi memperlihatkan teknologi pengecasan 300W, disamping pengenalan telefon dengan pengecasan 240W kepada umum oleh Realme.
Kini, melalui GSMArena, ia dilaporkan Infinix kini merancang untuk memperkenalkan telefon dengan sokongan pengecasan 260W.
Pengecas 260W ini dikatakan akan menyertakan pengecas 100W empat-arah yang turut dilengkapi rekaan litar AHB (Advanced High-Performance Bus) dalam memastikan kawalan pengecasan adalah selamat dan tidak membahayakan pengguna.
Ia dikatakan Infinix mungkin mengumumkan pengenalan pengecasan 260W mereka dalam tempoh sekitar seminggu lagi.
Dengan penyertaan Infinix dalam arena pengecasan pantas ini, kita mungkin melihat lebih ramai pengeluar turut memperkenalkan penyelesaian masing-masing tidak lama lagi.