Carian
Android 15 Dilihat Menggunakan Nama Kod “Vanilla Ice Cream”
March 4, 2023 Aman

Menjadi salah satu tradisi untuk pembangunan sistem operasi Android adalah dimana ia menyertakan nama kod khusus untuk setiap versi yang diperkenalkan.

Sebelum ini, nama kod berkenaan diumumkan secara rasmi kepada semua, tetapi sejak Android 10, Google mengubah perkara berkenaan dan tidak lagi menyatakan nama kod tersebut kepada umum. Sebaliknya, nama kod hanya digunakan secara dalaman ketika pembangunan, sementara versi umum dikenali dengan angka sahaja.

Untuk Android 14 yang bakal dilancarkan pada tahun ini, ia sedia diketahui akan menggunakan nama kod “Upside Down Cake”. Menariknya, kini nama kod awal untuk versi Android 15 yang bakal menyusul pada 2024 turut diketahui.

Mengikut kod pembangunan, Android 15 dilihat menggunakan nama kod “Vanilla Ice Cream”.

Ia agak awal nama ini dikongsikan melalui pembangunan, memandangkan terdapat tempoh setahun lagi sebelum ia diperkenalkan.

Komen