Cari @ Amanz

Kali terakhir Google menggunakan nama pencuci mulut secara rasmi pada Android adalah Android 9.0 iaitu Android Pie. Selepas Android 10 diperkenalkan, Google menukar strategi hanya ingin menggunakan nombor sebagai versi kerana inginkan keadilan untuk semua pengguna Android. Ramai pengguna di banyak negara ada yang tidak mengenali sesuatu pencuci mulut, jadi sehingga hari ini Android 13 nombor adalah nama rasmi.

Tetapi semasa Android 10, iaitu Android Q – Quince Tart digunakan sebagai kod rujukan. Android 11/R adalah Red Velvet Cake, Android 12/S adalah Snow Cone, Android 13/T pula adalah Tiramisu dan kini Android 14 atau Android U adalah UpsideDownCake.

Android 14 UpsideDownCake dilancarkan hari ini untuk pengguna peranti Google Pixel dan menawarkan sejumlah ciri menarik yang memfokuskan kepada kustomasi dan juga privasi serta sekuriti. Versi pembangunan dan beta akan diuji sehingga bulan Julai akan datang dan versi stabil hanya akan dilancarkan selepas itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd