Perang skrin boleh-lipat akan menjadi semakin hangat tahun ini dengan Honor, Vivo dan Oppo sudah mula menawarkan peranti skrin boleh-lipat mereka ke peringkat global. Selama ini Samsung mendominasi pasaran tanpa persaingan sebenar. Menurut laporan Canalys, Samsung mengeluarkan 11 juta peranti skrin boleh-lipat sepanjang 2022.

Ini adalah jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding kesemua peranti skrin boleh-lipat yang dikeluarkan pesaing mereka Huawei, Oppo, Vivo, Xiaomi dan Motorola. Pesaing terdekat mereka Huawei mengeluarkan kurang daripada 2 juta peranti skrin boleh-lipat tahun lalu. Menurut Canalys, sepanjang 2022, sebanyak 14.2 juta peranti dalam rekaan ini dikeluarkan dengan ia dijangka meningkat ke 30 juta tahun 2023.
Dengan 11 juta peranti skrin boleh-lipat, ia adalah hanya sekitar 4% pengeluaran peranti Samsung tahun lalu. Nyata pasaran peranti ini masih lagi kecil dengan ia masih didominasi oleh peranti dengan rekaan candbybar. Isu paling besar ialah harga peranti ini yang masih terlalu mahal.