Cari @ Amanz

Nothing mengacah pelancaran sebuah produk baharu pada penghujung minggu lalu. Tiada maklumat dikongsi pada waktu tersebut. Tetapi hari ini rekaan produk tersebut telah tertiris dan ia adalah sebuah speaker nirwayar dengan rekaan yang agak aneh.

Ia berbentuk kotak dengan terdapat pemegang di bahagian atas. Di hadapan dapat dilihat dua speaker besar, logo Nothing dan dua lagi lubang untuk kekisi audio. Turut dapat dilihat ialah butang kawalan di bahagian sisi kanan. Keseluruhan tubuh berwarna putih dengan beberapa bahagian lain dalam warna kelabu dan merah. Akhir sekali pada bahagian tapak terdapat tapak getah. Masih tiada maklumat mengenai spesifikasi speaker ini didedahkan serta bila ia akan dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd