Cari @ Amanz

Panel Kaca iPhone 15 Tertiris Mengesahkan Pupusnya Takuk Face ID

Link Copied!

Lukisan CAD yang tertiris sebelum ini memberikan petanda sistem Dynamic Island akan digunakan pada kesemua model iPhone 15 tahun ini. Ia menggantikan takuk untuk Face ID yang diperkenalkan sejak iPhone X dan tahun lalu hanya ditawarkan pada model iPhone 14 Pro.

Hari ini imej panel kaca iPhone 15 telah tertiris sekali lagi mengesahkan takuk ikonik iPhone X akan pupus pada tahun ini. Semua model yang ditawarkan akan menggunakan rekaan baharu ini secara seragam. Sejak diperkenalkan tahun lalu, ciri Dynamic Island ini telah menjadi ikutan pengeluar Android seperti Realme dan kelak pada peranti Xiaomi.

Selain penggunaan Dynamic Island pada semua model, bermula tahun ini semua iPhone akan turut akhirnya menggunakan port pengecasan USB-C bagi mematuhi keperluan EU dan India.


Komen ()