Carian
Catcha Digital Selesai Mengambil Alih iMedia Pada Nilai RM43.92 Juta – Syarikat Disebalik OhMedia Dan BeautifulNara
March 7, 2023 Aman

Catcha Digital hari ini mengumumkan mereka selesai proses pengambil-alihan syarikat media digital tempatan, iaitu iMedia Asia Sdn Bhd, pada nilai RM43.92 juta.

Untuk makluman, dibawah iMedia Asia, terdapat beberapa penerbitan digital popular, termasuk Oh! Media, Beautifulnara, NewsWav, dan Iluminasi.

Platform-platform penerbitan ini dikatakan mencapai sekitar 12.7 juta rakyat Malaysia dalam sebulan, dan telah bekerjasama bersama lebih 100 jenama dalam tempoh setahun lepas.

Sebelum ini, perancangan pengambil-alihan telah diumumkan pada September 2020 lepas. Namun, proses berkenaan dilihat mengambil sedikit masa termasuk penjenamaan semula sebelum kini ia selesai diambil-alih.

Dengan pengambil-alihan ini, kita mungkin akan dapat melihat iMedia terus melakukan pelaburan dalam memperluaskan lagi jenama mereka dalam usaha memenangi hati para pengiklan ke platform mereka

Komen