Cari @ Amanz

Honor sekali lagi hadir dengan kemaskini baharu untuk barisan komputer ribanya. Melaluinya, Honor MagicBook X14 Pro 2023 dan MagicBook X16 Pro 2023 diumumkan dengan pemproses Intel Core Generasi ke-13 untuk prestasi yang dipertingkatkan. Ini dipadankan pula dengan Intel Iris Xe Graphics yang juga tidak dinafikan antara GPU terbina yang baik sejak zaman Intel UHD.

Seperti namanya MagicBook 14 Pro 2023 dilengkapi skrin IPS 14-inci dengan resolusi 2240 X 1400 piksel, sementara itu MagicBook 16 Pro 2023 pula lebih besar dengan skrin 16-inci dengan 1920 X 1200 piksel. Ini dipadankan pula dengan nisbah aspek 16:10, sudut pandang mencapai 178 darjah dan gamut warna sRGB 100% dengan kecerahan 300nits. Di samping turut disertakan mod pelindungan mata terbina bertujuan mengurangkan cahaya biru yang merengsakan mata.

Selanjutanya CPU Intel Core i5-13500H dan GPU Intel Iris Xe Graphics digunakan sebagai tunjang utama. Turut disertakan adalah memori sebesar 16GB LPDDR4x 4266MHz, storan mencapai 1TB terbina dan bateri 60Wh yang diiklan boleh dicas penuh dalam masa sekitar 1.5 jam. Terdapat juga kamera web HD disertakan bersama dua pembesar suara dan mikrofon terbina untuk pengalaman komunikasi lebih baik.

Tidak ketinggalan, komputer riba juga menjalankan sistem operasi Windows 11 Home Edition 64-bit. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1 X USB-C, 1 X HDMI; 2 X USB 3.2 Gen1 dan 1 X bicu audio 3.5mm. Harga jualan untuk kedua-dua komputer riba adalah seperti berikut :

  • Honor MagicBook X14 Pro (i5-13500H / 16GB+512GB) bermula RMB4699 (~RM3,045)
  • Honor MagicBook X14 Pro (i5-13500H / 16GB+1TB) bermula RMB4999 (~RM3,240)
  • Honor MagicBook X16 Pro (i5-13500H / 16GB+512GB) bermula RMB4599 (~RM2,980)
  • Honor MagicBook X16 Pro (i5-13500H / 16GB+1TB) bermula RMB4899 (~RM3,175)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd