Samsung telah menafikan laporan daripada Korea bahawa mereka sedang membangunkan CPU rekaan sendiri untuk “Cip Galaxy”. Pada waktu ini semua cip peranti Exynos menggunakan CPU rekaan ARM. Suatu ketika dahulu mereka menggunakan cip rekaan sendiri yang diberi nama Mongoose tetapi ia telah dihentikan pada tahun 2019 kerana isu prestasi dan haba.
Tahun ini Samsung menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy pada siri Galaxy S23 dengan peningkatan pada teras utama CPU dan GPU bagi memberikan kelebihan berbanding peranti pesaing. Sungguhpun begitu Samsung memang sedang membangunkan cip Eyxnos khusus untuk peranti Galaxy yang dijangka akan diumumkan pada tahun 2025.
CEO pernigaan peranti mudah alih Samsung TM Roh dalam temubual bersama Amanz berkata Samsung sentiasa mempertimbangkan penggunaan cip pada peranti mereka. Kepentingan diberikan kepada SOC yang paling berkuasa yang memenuhi kehendak pasaran.