Cari @ Amanz

Aplikasi Instagram Akan Menyokong GIF Di Ruangan Komen

Link Copied!

Meta akan terus memastikan Instagram terus menjadi tempat untuk pencipta kandungan kongsi gambar dan bukan video sahaja seperti yang berlaku sekarang. Pada masa yang sama, aplikasi turut akan terus dikemaskini untuk pengalaman pengguna yang terbaik.

Sebelum ini mereka umumkan Channels, iaitu tab khas pada DM untuk pencipta kandungan atau pengguna yang layak menyiarkan mesej yang tidak boleh dibalas tetapi interaktif untuk mengumumkan sesuatu. Ciri ini membenarkan pengikut memberi reaksi, mengundi dan banyak kali.

Adam Mosseri selaku ketua Instagram berkongsi banyak pengumuman melalui Channels. Terkini beliau memberi tahu yang ruangan komen Instagram akan datang akan menyokong penghantaran GIF seperti di Facebook. Bermakna pengguna boleh mulakan atau membalas komen dengan GIF, menjadikan sesuatu siaran itu lebih meriah.

Buat masa ini, ujian hanya dilakukan kepada pengguna terpilih. Saya yang menggunakan versi alpha pada peranti Android turut tidak boleh menggunakannya lagi. Mereka yang layak menggunakan ciri ini akan nampak logo GIF pada ruangan komen dan tidak boleh menggunakan GIF tersendiri yang terbina pada papan kekunci pengguna.


Komen ()