Cari @ Amanz

Grab AudioProtect Dilancarkan Untuk Meningkatkan Keselamatan Penumpang

Link Copied!

Grab sentiasa bertindak secara proaktif dan komited bagi memastikan keselamatan dalam kalangan pengguna dan pemandu terjaga. Terbaharu ciri Audio Protect telah diperkenalkan bagi menjadikan pengalaman perjalanan lebih selamat. Dalam masa sama, turut bantu mengurangkan pertikaian yang berbangkit di antara pemandu dan penumpang. Untuk makluman, ia telah diuji sejak September tahun lalu dan kini mula diedarkan secara terbuka menerusi notifikasi yang diterima di aplikasi baru-baru ini.

Secara khususnya ciri ini berfungsi sebagai perakam audio yang boleh diaktifkan oleh pemandu mahupun penumpang pada bila-bola masa, selanjutnya boleh merakam audio sepanjang tempoh perjalanan. Rakaman audio tersebut juga akan disulitkan dan disimpan pada peranti untuk tempoh lima hari sebelum dipadam secara automatik jika tiada kejadian berkaitan keselamatan dilaporkan.

Turut difahamkan audio yang disulitkan tersebut tidak boleh diakses oleh mana-mana pihak sama ada penumpang, pemandu atau Grab melainkan terdapatnya insiden berkaitan keselamatan berlaku. Jika sebaliknya, rakaman tersebut hanya akan dihantar ke pihak Grab bagi tujuan laporan keselamatan.

Hal ini dalam bahasa mudahnya adalah apabila berlakunya insiden tidak diingini, rakaman audio akan dimuatnaik ke dalam sistem untuk semakan oleh pihak Grab. Fail-fail ini akan disimpan selama enam bulan bagi tujuan tujuan rujukan sekiranya siatan kes berpanjangan. Kemudiannya dipadam secara automatik selepas kes selesai.

Berikut adalah cara untuk mengaktifkan ciri Audio Protect : Account > Safety Settings > Enable AudioProtect. Kami telah mengaktifkan tetapi masih belum menemui sebarang ciri Safety Setting pada aplikasi setakat ini.


Komen ()