Cari @ Amanz

Imej Sebenar Google Pixel 7a Tertiris – Hadir Dengan Memori 8GB RAM

Link Copied!

Google Pixel 3a, 4a, 5a dan 6a adalah siri peranti kelas pertengahan Pixel yang popular. Ini kerana kemaskini perisian diberikan setaraf dengan peranti mercu dan perisian kamera adalah lebih kurang sama dengan pengguna tidak perlu mengeluarkan bajet lebih.

Peranti siri A seterusnya adalah Pixel 7a yang sudah tertiris beberapa kali. Kali ini peranti sebenar peranti ini telah pun tiba ke tangan seseorang dan banyak informasi didedahkan. Cuma sayang sekali, Google berjaya mengunci peranti ini agar ia tidak boleh digunakan.

Pertama sekali yang jelas kelihatan adalah rekaan. Pixel 7a jelas sekali adalah Pixel 7 Mini sahaja, yang hadir dalam saiz lebih kompak tetapi mengekalkan elemen rekaan abangnya termasuk bar kamera aluminium dan bukan lagi kaca. Bezel skrin juga masih tebal, tetapi pada kadar yang boleh diterima kerana nampak hampir sekata.

Perubahan besar pada Pixel 7a berbanding dengan Pixel 6a adalah memori, peranti ini dikatakan menggunakan memori 8GB RAM – kali pertama untuk siri Pixel A. Dipadankan dengan storan 128GB, cip Tensor G2 dan Google turut menyertakan sokongan pengecasan nirwayar 5W pada peranti ini.

Kamera sebelum ini didakwa adalah 50+64+12 Megapixel, tetapi sumber menyatakan kamera Pixel 7a mungkin masih 12MP. Secara keseluruhan peranti ini nampak lebih premium berbanding Pixel 6a, tetapi masih tidak pasti bila ia akan dilancarkan – mungkin pada acara Google I/O 2023 yang akan berlangsung pada 10 Mei ini.


Komen ()