Cari @ Amanz

Siri Redmi Note 12 Akan Ke Pasaran Global Pada Bulan Ini

Link Copied!

Siri Redmi Note 12 telah dilancarkan di China pada Oktober lalu dengan ciri dan fungsi yang ditambahbaik berdasarkan keperluan semasa. Antara hal menarik yang diketengahkan Redmi pada siri kali ini termasuklah sistem pengimejan lebih baik menerusi penggunaan kamera utama sehingga 200MP. Seterusnya sokongan bateri dengan sistem pengecasan yang pantas.

Dalam perkembangan terkini, Redmi telah mengumumkan bahawa peranti berkenaan bakal ke pasaran global pada bulan ini. Ianya dijadualkan berlangsung pada 23 Mac 2023 dan poster pelancarannya juga telah mula dikongsi menerusi laman media sosial rasmi. Namun persoalannya sekarang, adakah spesifikasi untuk siri Redmi Note 12 versi global ini adalah sama seumpama di China atau sebaliknya? Persoalan ini bakal terjawab selepas ianya dilancarkan secara rasmi kelak.

Untuk makluman, Redmi Note 12 5G juga didapati telah melepasi pensijilan SIRIM sebelum ini yang memberi gambaran pelancarannya di Malaysia boleh didadakan dalam masa terdekat.


Komen ()