Cari @ Amanz

MYTV Hadir Dengan Perkhidmatan Penstriman Video Percuma – MYTV Mana-Mana

Oleh Aman

Link Copied!

MYTV merupakan penyedia yang mengendalikan kemudahan infrastruktur dan jaringan khidmat TV digital di Malaysia. Menariknya, selain daripada siaran televisyen secara digital, pihak MYTV kini turut hadir dengan perkhidmatan penstriman video mereka tersendiri, dinamakan MYTV Mana-Mana.

Melalui MYTV Mana-Mana, ia membolehkan para pengguna menonton sejumlah kandungan terus melalui web, termasuk siaran TV langsung, filem, dan juga siri drama.

Seperti kebanyakkan perkhidmatan penstriman video lain, ia berfungsi menggunakan internet. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan ini, namun, ia disokong dengan pengiklanan.

Buat masa in, kandungan yang ditawarkan agak terhad, dan mungkin lebih digunakan untuk tontonan siaran TV langsung. Tetapi, pengguna juga masih boleh mengakses kandungan berbentuk filem klasik percuma (hasil kerjasama dengan SIAR), selain kandungan dokumentara dan rancangan seperti Animal Society.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman MYTV Mana-Mana hari ini, dan menonton sejumlah kandungan yang disediakan melaluinya.


Komen ()